PENSIJIlLAN NEO-CBT (NEO-COGNITIVE-BEHAVIORAL THERAPY) 2018-06-06T16:24:19+00:00

PENSIJILAN
NEO-CBT (NEO-COGNITIVE-BEHAVIORAL THERAPY)

PENGENALAN

PENSIJILAN NEO-CBT (COGNITIVE-BEHAVIORAL THERAPY) adalah pensijilan pendekatan baharu menguasai CBT kaedah baharu yang pantas, mudah dan praktikal kepada psikologis, kaunselor dan pembimbing yang ingin mengamalkan pendekatan CBT dalam perhubungan menolong. Modul Neo-CBT diasaskan oleh PM Dr Mohammad Aziz Shah hasil kajian pendekatan CBT dalam pengajian peringkat Doktor Falsafah beliau pada tahun 2009. Modul Neo-CBT menggabungkan matlamat-matlamat terapi kognitif dan terapi tingkahlaku dalam mempengaruhi emosi atau individu dalam satu bentuk terapi yang berorientasikan tindakan membina pemikiran positif dan sihat. Neo-CBT menyusun semula pendekatan CBT yang pelbagai dalam satu model pantas, mudah dan praktikal untuk menangani corak pemikiran maladaptif yang menyebabkan berlakunya tingkahlaku maladaptif dan emosi-emosi negatif. Justeru, rawatan Neo-CBT memfokuskan kepada mengubah corak pemikiran seseorang individu bagi mengubah tingkahlaku dan keadaan emosi individu tersebut. Justeru, asas Neo-CBT perkongsian tiga asas yang saling menyokong iaitu; a) proses pemikiran mempengaruhi perlakuan, b) proses pemikiran boleh dikawal dan diubahsuai, dan c) keinginan untuk mengubah perlakuan boleh dipengaruhi oleh perubahan pemikiran. Secara umumnya, Neo-CBT tidak berpandukan suatu pendekatan atau teori yang khusus, sebaliknya Neo-CBT adalah gabungan beberapa pendekatan psikoterapi utama yang diklasifikasikan berada dalam CBT seperti Terapi Tingkahlaku Rasional Emotif, Terapi Kognitif, Terapi Tingkahlaku Rasional, Terapi Kehidupan Rasional, Terapi Berfokuskan Skema dan Terapi Tingkahlaku Dialektik dan sebagainya. Matlamat pensijilan ini ialah pengamal Neo-CBT berkemahiran secara teori dan praktis dalam menjalankan intervensi mengukuhkan corak pemikiran dan mengaplikasikan teknik-teknik Neo-CBT. Pensijilan Neo-CBT sangat mengutamakan praktikal teoretikal dan teknik-teknik Neo-CBT dalam prosedur latihan sistematik Neo-CBT seperti main peranan (role-play), analisis kelebihan dan kekurangan (advantage and disadvantage analysis), rekod pemikiran peristiwa positif (positif event thoughts record), penetapan matlamat dan teknik perskalaan (goal setting and scaling technic), tenik imaginasi (imaginary technic), teknik relaksasi (relaxation technic), penstrukturan semula kognitif (cognitive reconstruction),  tugasan kerja rumah, dll. Pensijilan Neo-CBT turut menyediakan latihan Neo-CBT, kajian kes, konsultasi dan penyeliaan berekod berdasarkan log dan rekod Neo-CBT.

Diakhir program peserta akan memperolehi PENSIJILAN NEO-CBT (COGNITIVE-BEHAVIORAL THERAPY)  daripada pengasas dan penggubal modul Neo-CBT. Nama Pengamal Neo-CBT didaftarkan dalam Website: www.ipsycounselling.com

SASARAN PENSIJILAN

Pensijilan Neo-CBT terbuka kepada ahli psikologi, kaunselor, pembimbing, guru-guru, pensyarah, ibu-bapa, fasilitator, ketua eksekutif, pengarah/ ketua pengarah, pemimpin organisasi, pengurus, usahawan, trainers, pegawai pemasaran dan jualan, pegawai kerajaan, consultant, leader MLM, dan sesiapa sahaja yang berminat dalam pembangunan kemanusiaan. Sesiapa sahaja boleh mengikuti dan menguasai NEO-CBT tanpa syarat bidang dan kelayakkan akademik.

TAHAP DAN JANGKAMASA PENSIJILAN

Pensijilan Neo-CBT (Cognitive-Behavioral Therapy) mempunyai tiga tahap pensijilan, iaitu;

TAHAP 1 : PENSIJILAN PENGAMAL NEO-CBT
Pengiktirafan : Pengamal Neo-CBT
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Tiada Syarat dan Kelayakan
Kelayakkan : Mengamalkan Neo-CBT dalam sesi psikologi, kaunseling, bimbingan dan latihan
TAHAP 2 : PENSIJILAN PENGAMAL NEO-CBT
Pengiktirafan : Pengamal Master Neo-CBT
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Telah menjalankan minimum 30 jam sesi Neo-CBT berekod (menggunakan borang log dan rekod Neo-CBT)
Kelayakkan : Mengamalkan dan menyelia pengamalan Neo-CBT dalam sesi psikologi, kaunseling, bimbingan, latihan dan aplikasi Neo-CBT dalam pelbagai bidang keilmuan
TAHAP 3 : PENSIJILAN PENGAMAL MASTER TRAINERS NEO-CBT
Pengiktirafan : Master Trainers Neo-CBT
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Telah menjalankan minimum 60 jam sesi Neo-CBT berekod (menggunakan borang log dan rekod Neo-CBT)
Kelayakkan : Menjalankan kursus Pensijilan Pengamal Asas dan Pengamal Master Neo-CBT dengan menggunakan nama dan modul Neo-CBT

POSTER, BROSUR DAN MAKLUMAT PENSIJILAN TERKINI

ARTIKEL PSIKO-NUMEROLOGI

GALERI NEO-CBT

SENARAI DAFTAR PENGAMAL NEO-CBT

Lihat Senarai Daftar NEO-CBT