PENSIJILAN ART-DRAWING – HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) 2018-06-06T16:14:04+00:00

PENSIJILAN
ART-DRAWING – HOUSE TREE PERSON (AD-HTP)

PENGENALAN

Pensijilan AD-HTP (Art Drawing – House Tree Person) adalah keilmuan yang sangat unik, mudah, cepat dan berkesan menembusi perasaan dan pemikiran individu secara mendalam. Sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini yang hanya memandang lukisan kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua yang melukiskan RUMAH POKOK ORANG kita boleh menerokai secara mendalam perasaan, pemikiran, potensi dan pengalaman traumatik bersama 60 alternatif intervensi psikologi AD-HTP. Teknik lukisan projektif diperkenalkan oleh Psikoanalisis Freud yang lebih cenderung melihat lukisan projektif sebagai simptom-simptom individu yang mengalami penyakit-penyakit psikologi dan konflik emosi dalaman. Namun, teoretikal Maslow lebih cenderung melihat lukisan projektif sebagai visi individu ke arah perkembangan dan potensi manusia (Burns, 2009). Lukisan projektif Rumah, Pokok dan Orang juga dikaji secara terperinci oleh John Buck dan Emanual Hammer (1969) dengan menghasilkan manual untuk HTP. Seterusnya, teknik lukisan projektif HTP ini dibangunkan dan dikembangkan penggunaannya secara meluas oleh Mohd Radhi Shahim dan Prof. Madya Dr Mohammad Aziz Shah (2014) kerana keberkesanannya dalam menerokai klien dan proses menolong. Bagi memastikan piawai, kualiti dan etika pengamal keilmuan ini maka dijalankan Pensijilan AD-HTP (Art Drawing – House Tree Person) kepada sesiapa yag berminat.

Diakhir program peserta akan memperolehi PENSIJILAN PENGAMAL ART DRAWING HTP (HOUSE-TREE-PERSON) daripada pengasas dan penggubal modul Art Drawing HTP (House-Tree-Person). Nama Pengamal AD-HTP didaftarkan dalam website: www.ipsycounselling.com

SASARAN PENSIJILAN

Terbuka kepada ahli psikologi, kaunselor, pembimbing, guru-guru, pensyarah, ibu-bapa, fasilitator, ketua eksekutif, pengarah/ ketua pengarah, pemimpin organisasi, pengurus, usahawan, trainers, pegawai pemasaran dan jualan, pegawai kerajaan, consultant, leader MLM, dan sesiapa sahaja yang berminat dalam pembangunan kemanusiaan. Sesiapa sahaja boleh mengikuti dan menguasai AD-HTP tanpa syarat bidang dan kelayakkan akademik.

TAHAP DAN JANGKAMASA PENSIJILAN

Pensijilan Art Drawing – House Tree Person mempunyai tiga tahap pensijilan, iaitu;

TAHAP 1 : PENSIJILAN PENGAMAL AD – HTP
Pengiktirafan : Pengamal Asas Art Drawing – House Tree Person
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Tiada Syarat dan Kelayakan
Kelayakkan : Mengamalkan AD-HTP dalam sesi psikologi, kaunseling, bimbingan dan latihan
TAHAP 2 : PENSIJILAN PENGAMAL MASTER AD – HTP
Pengiktirafan : Pengamal Master Art Drawing – House Tree Person
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Telah menjalankan minimum 30 jam sesi AD- HTP berekod (menggunakan borang log dan rekod AD-HTP)
Kelayakkan : Mengamalkan dan menyelia pengamalan AD-HTP dalam sesi psikologi, kaunseling, bimbingan, latihan dan aplikasi AD-HTP dalam pelbagai bidang keilmuan
TAHAP 3 : PENSIJILAN PENGAMAL MASTER TRAINERS AD – HTP
Pengiktirafan : Master Trainers Art Drawing – House Tree Person
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : : Telah menjalankan minimum 60 jam sesi AD-HTP berekod (menggunakan borang log dan rekod AD-HTP)
Kelayakkan : Menjalankan kursus Pensijilan Pengamal Asas dan Pengamal Master AD-HTP dengan menggunakan nama dan modul AD-HTP

ARTIKEL AD-HTP

ARTIKEL 1: KEISTIMEWAAN ART DRAWING HTP

Terdapat lebih dari 100 penulisan Art Drawing Projektif Test HTP diterbit di luar negara tetapi di Malaysia tiada pengamalnya. Kursus pensijilan ini memberi anda peluang meperoleh ilmu dan menjadi praktis Art Drawing HTP secara berkesan dan terbimbing.

Simbol lukisan HTP melalui gambar Rumah, Pokok, Orang dan lain-lain simbol adalah bahasa Sub Concious Mind yang dapat menjelaskan tentang sikap, bakat, perasaan, kebimbangan, konflik, dan trauma yang dialami seseorang secara dinamik dan berkesinambungan. Projektif gambar Rumah Pokok Orang sangat signifikan dengan kehidupan manusia. Rumah mewakili interaksi dan hubungan kekeluargaan, Pokok mengambarkan proses perkembangan manusia yang meliputi impian, keazaman dan pandangan masa hadapan dan Orang pula projektif kepada konsep diri sendiri.

Semoga ilmu Art Drawing HTP ini berkembang di Malaysia, melahirkan ramai pengamal dan membantu setiap insan. Teknik Art Drawing HTP mampu meningkatkan kewibawaan seseorang dalam sesi ceramah, motivasi, bimbingan, kaunseling dan psikologi dengan kaedah yang unik dan efektif menarik klien.

 

  1. TIADA KETEPATAN 100% DALAM AD – HTP. Tidak semua tafsiran bertepatan dengan diri anda dan klien anda. Tidak mungkin 100%. Ini kerana tidak mungkin ada alatan atau kaedah di dalam dunia ini yang boleh memerihalkan keadaan diri seseorang manusia dengan tepat dalam sebarang bidang klinikal, psikologi, kaunseling, pengukuran dan
  1. KAEDAH HTP BERASAL DARI KLINIKAL PSIKOLOGI. Ini bermaksud ia sesuai dan berkesan bagi individu bermasalah klinikal, sukar meluahkan permasalahan, bersifat menentang dan enggan dalam sesi menolong. Ini bermaksud ketepatan dan kesesuaian AD-HTP tinggi bagi golongan ini.
  1. KAEDAH HTP BOLEH DIGUNAKAN KEPADA INDIVIDU BERMASALAH SEDERHANA DAN INDIVIDU SIHAT. Namun, kaedah interpretasi simbol bahasa sub-conscious mind boleh diaplikasikan kepada individu bermasalah sederhana dan sihat. Oleh itu, interpretasinya perlu pertimbangan dan kebijaksanaan pengamal AD-HTP (Rujukan manual AD–HTP)
  1. JANGAN MENGHUKUM KLIEN berdasarkan andaian interpretasi yang kita tafsirkan terhadap lukisan AD-HTP klien.
  1. PENGAMAL AD-HTP TIDAK BOLEH MELETAKKAN NILAI dirinya ataupun dapatan interpretasi orang lain kepada semua klien. Setiap individu unik dan berbeza pengalaman dan dunia kehidupannya.
  1. INTRPRETASI AD-HTP YANG PALING TEPAT IALAH PENGESAHAN, PENGAKUAN DAN PERKONGSIAN OLEH KLIEN SENDIRI. AD-HTP hanya sebagai alat atau simbol untuk memecahkan tembok keegoan, keengganan dan memasuki emosi yang mendalam klien.
  1. AD-HTP ADALAH TERAPI MENGIKUT GERAK HATI. Jika gerak hati anda mengatakan YA atau BEGINI. Maka ikutlah proses dan aliran ini dan terokai untuk mndapat pendedahan klien. Ini sangat berkesan untuk menembusi emosi mendalam klien untuk kesedaran dan perubahan diri yang positif.
  1. ANDA PENENTU PILIHAN DAN TAKDIR ANDA. Anda sendiri yang menentukan pilihan dan menjadi takdir anda. Andalah menguasai minda anda bukan orang lain. It is you who determine and design your own destiny and who is mastering your mind. Andalah memilih tingkah laku keseluruhan anda, pemikiran, tindakan, perasaan dan fisiologi anda. You were the ones who choose your total behavior; thinking, acting, feeling and physiology.

FAHAMI INTERPRETASI AD-HTP DAN 60 INTERVENSI PSIKOLOGI CBT.  Pentafsiran AD-HTP akan menemukan bakat, potensi, halangan, permasalahan dan trauma dalam aspek impian, konsep diri, perhubungan dan kekeluargaan. Maka, Modul AD-HTP ini menyediakan intervensi psikologi bagi menangani semua aspek utama ini berdasarkan pendekatan Cognitive-Behavioral Therapy (CBT). Fahami AD-HTP dan kuasai CBT. Aplikasi 60 intervensi psikologi AD-HTP berasaskan CBT ialah 20 intervensi rumah, 20 intervensi pokok dan 20 intervensi orang yang disusun secara formula sistematik dan unik.

ARTIKEL 2: PENTAFSIRAN LUKISAN ART DRAWING HTP 1

Lukisan 1: Rabecca (wanita) berumur 26 tahun

PENTAFSIRAN:

Adakah anda dapat melihat pada lukisan tersebut seorang lelaki yang sedang menyerang atau menceroboh pada pokok tersebut?. Adakah anda nampak beberapa buah pokok yang jatuh seperti air mata? Jumlah 13 bilangan buah menunjukkan umur Rabecca yang mengalami pengalaman trauma yang berasa dirinya jauh dari rahmat atau diselubungi kesedihan.  Adakah anda dapat menyaksikan keadaan pokok yang condong ke arah rumah?. Adakah keadaan rumah kelihatan seperti  kediaman atau perlindungan sebagai tempat persembunyian?. Adakah anda dapat lihat bahawa lukisan itu terdapat garisan yang tebal di bahagian bawah kertas itu seolah-olah satu cubaan untuk lebih stabil? Adakah anda lihat buah-buah yang dilorek gelap?. Adakah anda lihat lorekan seperti rumput diatas tanah yang digelapkan? Dimanakah orang dalam lukisan ini?.

Terlalu banyak pentafsiran daam lukisan yang mudah. Umumnya, simbol buah yang jatuh pada lukisan terutamanya lukisan oleh wanita menunjukkan pemikiran dan perasaan pelukis bahawa dirinya dilanda kesedihan yang berasa jauh dari rahmat hidup. Garisan yang tebal pada lukisan bawah kertas mencerminkan keperluan individu untuk lebih stabil. Episod pengalaman dirogol menyebabkan kehidupan Rabecca sangat terganggu dan merencatkan perkembangan dirinya. Mencungkil kembali episod dirogol dalam hidup Rabecca dengan sesi luahan perasaan menggunakan AD-HTP sangat dapat membantu Rabecca dan melalui pengalaman proses terapi yang sangat menembusi emosi. AD-HTP juga menjadikan Rebecca lebih terbuka kepada penyembuhan.

GALERI AD-HTP

Lihat Siri-Siri Program Pensijilan Pengamal AD HTP

SENARAI DAFTAR PENGAMAL AD-HTP

Lihat Senarai Daftar AD-HTP