PENSIJILAN PSIKO-NUMEROLOGI (PN) 2018-06-06T16:08:09+00:00

PENSIJILAN
PSIKO-NUMEROLOGI (PN)

PENGENALAN

PENSIJILAN PSIKO-NUMEROLOGI (PN) adalah pensijilan pertama di DUNIA menggabungkan Aplikasi Matrik dan Intervensi Psikologi dalam Pembangunan Karakter. Modul PN juga pertama mengaitkan konsep atom, tenaga, gelombang, quantum, matrik dan psikologi dalam pembangunan karakter berasaskan numerologi. Modul PN adalah kaedah paling mudah, cepat dan efektif megenali personaliti dan karakter. PN telah diuji dan mempunyai ketepatan, kesahan dan kebolehpercayaan melebih 80% dalam kajian yang dijalankan. PN berupaya mentafsir personaliti, fikiran, emosi dan tingkahlaku dalam 2 minit, menerokai potensi terhebat yang tersembunyi dalam masa 2 minit, mengenali corak-corak kecenderungan karakter terperinci berdasarkan gabungan atom dalam masa 5 minit, dll. PN menyediakan formula 45 intervensi psikologi berdasarkan keserentakkan 9 karakter matrik individu yang unik dan berkesan (Pengisian utama PN – Tahap 2). Keistimewaan PN mampu meningkatkan kewibawaan pengamal dalam sesi ceramah, motivasi, bimbingan, psikologi dan kaunseling dengan kaedah yang sangat unik dan efektif dalam menarik klien.

Diakhir program peserta akan memperolehi PENSIJILAN PENGAMAL PSIKO-NUMEROLOGI daripada pengasas dan penggubal modul Psiko-Numerologi. Nama Pengamal Psiko-Numerologi didaftarkan dalam website: www.ipsycounselling.com

SASARAN PENSIJILAN

Pensijilan Psiko-Numerologi terbuka kepada ahli psikologi, kaunselor, pembimbing, guru-guru, pensyarah, ibu-bapa, fasilitator, ketua eksekutif, pengarah/ ketua pengarah, pemimpin organisasi, pengurus, usahawan, trainers, pegawai pemasaran dan jualan, pegawai kerajaan, consultant, leader MLM dan sesiapa sahaja yang berminat dalam pembangunan kemanusiaan. Sesiapa sahaja boleh mengikuti dan menguasai pensijilan PSIKO-NUMEROLOGI tanpa syarat bidang dan kelayakkan akademik.

TAHAP DAN JANGKAMASA PENSIJILAN

Pensijilan Psiko-Numerologi (PN) mempunyai tiga tahap pensijilan, iaitu;

TAHAP 1 : PENSIJILAN PENGAMAL PN
Pengiktirafan : Pengamal Psiko-Numerologi
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Tiada Syarat dan Kelayakan
Kelayakkan : Mengamalkan PN dalam sesi psikologi, kaunseling,  bimbingan dan latihan
TAHAP 2 : PENSIJILAN PENGAMAL MASTER PN
Pengiktirafan : Pengamal Master Psiko-Numerologi
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Telah menjalankan minimum 30 jam sesi PN berekod (menggunakan borang log dan rekod PN)
Kelayakkan : Mengamalkan dan menyelia pengamalan PN dalam sesi psikologi, kaunseling, bimbingan, latihan dan aplikasi PN dalam pelbagai bidang keilmuan.
TAHAP 3 : PENSIJILAN PENGAMAL MASTER TRAINERS PN
Pengiktirafan : Master Trainers Psiko-Numerologi
Jangkamasa : 2 hari program/ 6 Slot/ 12 jam latihan)
Syarat : Telah menjalankan minimum 60 jam sesi PN berekod (menggunakan borang log dan rekod PN)
Kelayakkan : Menjalankan kursus Pensijilan Pengamal Asas dan Pengamal Master PN dengan menggunakan nama dan modul PN.

POSTER, BROSUR DAN MAKLUMAT PENSIJILAN TERKINI

ARTIKEL PSIKO-NUMEROLOGI

ARTIKEL 1: APA ITU PSIKO-NUMEROLOGI

Psiko-Numerologi Menggabungkan fahaman Psikologi, Kaunseling, Metafizik dan Numerologi dalam satu modul kreatif ke arah pembinaan karakter individu. Kemahiran dan pengetahuan ini akan meningkatkan kewibawaan ahli psikologi, kaunselor, fasilitator, guru-guru dan sesiapa yang berminat untuk menerokai personaliti dan pembinaan potensi individu menerusi Psiko- Numerologi. Program Pensijilan Tahap 1, Tahap 2 dan tahap 3 Psiko-Numerologi adalah bermatlamat untuk dapat mengaplikasikan modul Psiko-Numerologi secara teori dan praktis dalam pengenalpastian tret personaliti diri individu, mengenalpasti kecenderungan dalam gaya berfikir, berperasaan, bertingkah laku dan corak perhubungan sesama manusia.

Modul Asas Psiko-Numerologi digubal semula dan diselarikan secara keseluruhan bermula daripada awal supaya pengetahuan dan pengamalan serta proses pengadaptasian modul ini benar-benar selari dengan CBT (Cognitive-Behavior Therapy) yang merupakan teori utama dalam intervensi psikologi Psiko-Numerologi. Berdasarkan usaha ini, maka lahirlah kaedah baru yang lebih mantap, proaktif, efisien dan efektif yang boleh dijadikan sebagai ‘kit kaunselor’, ‘kit pendidik’ dan sebagainya untuk digunakan bagi memenangi hati klien dalam usaha menarik dan memperkenalkan diri kepada mereka terhadap perkhidmatan profesional yang ditawarkan oleh profesion kaunseling dan psikologi khususnya dan pendidikan, perniagaan, serta kaedah bantu diri (self-help) amnya. Ini adalah sumbangan besar kepada bidang keilmuan kita.

Khususnya modul Psiko-Numerologi merujuk kepada konsep pengiraan matrik dan konsep pengekodan yang diaplikasi dan diadaptasikan secara psikologi di dalam Modul Psiko-Numerologi. Seterusnya modul Psiko-Numerologi menyediakan formula pentafsiran baharu kod numerogi yang lebih unik dan sistematik sebagai rujukan untuk diperkembangkan dan disesuaikan dengan konteks psikologi dan kaunseling. Justeru, kaedah Psiko-Numerologi menggunakan kaedah pentafsiran yang sama sekali berbeza daripada numerology tradisional yang terlalu menjurus kepada pentafsiran hal-hal seperti meramal masa depan, menentukan jodoh, menentukan waktu yang sesuai untuk bertindak dan sebagainya. Penting difahami bahawa pendekatan baharu Psiko-Numerologi telah mengubahsuai pendekatan tradisional numerologi yang banyak nilai negatif  kepada konsep dan nilai baru yang positif berasaskan sains atom, tenaga, gelombang, quantum, matrik dan psikologi dalam penjelasannya. Modul Psiko-Numerologi telah dibina, dilakukan penambahbaikan dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan secara empirikal. Dengan ini, asas Psiko-Numerologi yang diberi bentuk dan nilai baru yang bersesuaian dengan konsep psikologi dan kaunseling yang boleh diamalkan dalam konteks psikologi, kaunseling dan bimbingan dan tidak menyalahi etika dalam profesion sebagai ahli terapi oleh ahli psikologi, kaunselor dan fasilitator. Modul Psiko-Numerologi adalah pendekatan pembangunan karakter berasaskan psikologi-numerologi dan merupakan kaedah paling mudah, cepat dan efektif mengenali personaliti dan karakter.

GALERI PSIKO-NUMEROLOGI

Lihat Siri-Siri Program Pensijilan Pengamal PN

SENARAI DAFTAR PENGAMAL PSIKO-NUMEROLOGI (PN)

Lihat Senarai Daftar PN