Tentang 2018-06-06T15:51:22+00:00

OUR MISSION IS TO HARNESS OUR CREATIVITY INTO A VIABLE SOLUTION

I PSYCHOLOGY AND COUNSELLING ACADEMY (IPCA) adalah organisasi yang menyediakan program pensijilan, perundingan, latihan dan pembangunan berteraskan psikologi, kaunseling dan Neuro Linguistic-Programming (NLP) kepada sektor kerajaan, swasta dan NGO di Malaysia. Antara pengkhususan kepakaran IPCA ialah lima modul pensijilan pengamal dan siri-siri latihan karporat, iaitu;

We Thrive On Challenging Projects That Produce Bigger Rewards.

Meet Your New Best Friends, Our Gurus.

PROFESOR MADYA DR.
PROFESOR MADYA DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP
PROFESOR MADYA DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP
Jabatan Psikologi dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Hotline : 019-3388799
Email : azizshah@fppm.upsi.edu.myom
shah.aziz@ymail.com
FB : Aziz Shah Positif
Pages : Dr Mohammad Aziz Shah

Dr. Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip merupakan Professor Madya di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Memiliki Ijazah Kedoktoran (Ph.D), dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan pengasas dan master trainers pendekatan dinamik modul Pensijilan Psiko-Numerologi – aplikasi matrik dan intervensi psikologi dalam pembangunan karakter, Pensijilan AD–HTP (Art-Drawing–House Tree Person), interpretasi AD-HTP dan intervensi psikologi dalam perhubungan menolong, Pensijilan NLP-Ist (Neuro-Linguistic Programming-I Spiritual Transformation) – model transformasi diri melalui NLP-Ist, Pensijilan Neo-CBT (Neo-Cognitive-Behavioral Therapy) – pendekatan pantas, mudah dan berkesan menguasai teori dan praktis CBT, Pensijilan Kebangkitan Spiritual (TKS) – Terapi Pembangunan Diri Menuju Keharmonian dan Spiritual. Bidang pengkhususan beliau ialah pembinaan dan penilaian modul-modul latihan dan akademik, pengujian dan pengukuran dalam psikologi, kelompok bimbingan, delinkuen juvenil dan sosial, pembangunan kerjaya, pengujian personaliti, teori dan praktikal psikologi kaunseling dalam perundingan, latihan dan pengurusan. Merupakan kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan (155/101); Keahlian PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia); Keahlian PSIMA (Persatuan Psikologi Malaysia); Pengamal Neuro Linguistik Programing (NLP) daripada National Federation of Neuro Linguistik Programing (NFNLP, USA), International Society of Neuro-Semantics (ISNS, USA), pengamal the words that change minds – Language and Behavior Profile (LAB Profile) dan pengasas/ penggubal modul/ master trainers beberapa modul pensijilan. Beliau juga menulis pelbagai buku ilmiah dan bacaan umum seperti Delinkuensi Juvenil dan Sosial: Pencegahan, Pemulihan dan Isu Kontemporari, Motivasi Berjaya ke Universiti, Bimbingan dan Penasihatan, Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling, Fasilitator Efektif dan Dinamik, Koleksi Modul-modul Kelompok (siri 1 dan 2), sistem penfailan dalam kaunseling, modul kelompok suai kenal, Pengurusan Stres dan pelbagai penulisan artikel dan jurnal yang dibentangkan di dalam dan luar negara. Beliau turut aktif sebagai perunding latihan yang Lebih 20 tahun pengalaman dan telah mengendalikan lebih daripada 1000 perundingan dan latihan kepada lebih 30, 000 peserta pelbagai peringkat dan sasaran institusi kerajaan dan swasta. Antara fokus perundingan beliau ialah pensijilan program-program psikologi dan kaunseling, NLP, pembinaan pasukan melalui NLP-EST, pembinaan modul latihan dan inventori psikologi, kepimpinan, pembangunan organisasi, belia, keibubapaan, motivasi, kemahiran budaya tinggi, latihan kenegaraan, patriotik, bina insan, pengurusan, dan lain-lain. Beliau juga berkemahiran dan berpengalaman dari segi model dan praktikal kurus-kursus berkonsepkan NLP, hypnosis dan hypnotherapy, law of attraction (hukum tarikan), sub-concious mind (kuasa minda), Language and Behavior Profile (LAB Profile) dan sebagainya.

ABDUL RAZAK BIN SHAHBUDIN
ABDUL RAZAK BIN SHAHBUDIN
No. Telefon & Emel: 019-5710054 | razakbiz@gmail.com

ABDUL RAZAK BIN SHAHBUDIN B.A (Hons) Urban Studies & Planning, Malaya M.A Urban Management, Pengalaman lebih 20 tahun dalam perundingan, latihan, motivasi, kepimpinan dan pembangunan sumber manusia/pembangunan insan; Pengalaman mengendalikan lebih 1000 program kepada lebih 50,000 peserta sejak 1993 pada pelbagai peringkat & pelbagai organisasi. Kursus Pembinaan Pasukan Hebat / Team Building | Kursus Pembangunan Potensi Diri | Kursus Pengurusan Tekanan / Stress | Kursus Coaching & Mentoring | Kursus Kepimpinan & Kepengikutan Hebat | Kursus Motivasi Anti Dadah AADK | Kursus Pra Bebas Dadah AADK | Kursus Training of Trainers (TOT) | Kursus Pengucapan Awam | Kursus Asas Fasilitator | Kursus Asas Fotografi | Kursus Asas Perniagaan & Keusahawanan | Kursus Keberkesanan Penyeliaan | Kursus Profesionalisme Kesetiausahaan | Kursus Khidmat Cemerlang | Kursus ’Blue Ocean Strategy’ Untuk Pegawai Tinggi Kerajaan | Kursus Induksi Pekerjaan | Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi | Kursus Persediaan Pra Persaraan | Kursus Asas Bebas Kewangan & Pencen Jutawan | Advanced Leadership Seminar (Usahawan) | Advanced Business Builder Workshop (Usahawan). Pengalaman sejak Ogos 2006 sebagai Perunding Pelaburan Unit Amanah (Syariah) berlesen dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM); – Pengasas & Pengerusi agensi perunding pelaburan Unit Amanah (Syariah) & agensi perunding Skim Pencen Swasta (PRS), i-Wealth Consultants Malaysia (i-WC) sejak 1 Januari 2007; – Pengalaman mengikuti lebih 40 kursus dan latihan berkaitan pengurusan kewangan peribadi/pelaburan peribadi serta pembangunan perniagaan dan usahawan sejak 2006. Sejak 25 Mac 2015; – Jurulatih Terapi Invest-Mind, Psikoterapi, Hipnoterapi & Terapi Minda Separa Sedar; – AJK & Ketua Biro Pembangunan Usahawan & Latihan, Dewan Perdagangan Islam Malaysia, cawangan Perak (DPIM Perak) sesi 2015 – 2018; – Ahli Majlis Tertinggi (AMT) & Exco Latihan & Modal Insan, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Pusat sesi 2015 – 2018.

CR
CR MOHD RADHI BIN ABU SHAHIM
No. Telefon & Emel: 013-9495409 | radhi@mrsmfelda.edu.my

CR MOHD RADHI BIN ABU SHAHIM merupakan kaunselor berdaftar dan Perakuan Amalan (KB02030/PA01503). Mendapat pendidikan tinggi di Kolej Dar al-Hikmah dalam bidang Psikologi, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu dan memiliki Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan. Mendapat anugerah kajian ilmiah terbaik peringkat Fakulti di Universiti Malaysia Terengganu 2009 tentang kajian Harga Diri Transeksual Dalam Kalangan Pelajar Komuniti Kampus. Menjalankan kajian Memahami Konsep Kendiri Pelajar Lelaki Lembut Melalui Penerokaan Lukisan Projektif pada peringkat Ijazah Sarjana.. Pernah bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Antarabangsa di Kolej Dar al-Hikmah dan Pensyarah di Jabatan Psikologi Kolej Islam Sains dan Teknologi di Bachok, Kelantan. Berpengalaman berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan di Penjara Marang, Terengganu. Merupakan seorang yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan aktif berpersatuan semasa zaman belajar. Beliau pernah diamanahkan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) cawangan UMT, Jawatankuasa Kelab Pelajar Kaunseling UMT dan kini memegang jawatan Timbalan Presiden Sekretariat Kaunselor MARA Zon Utara dan pernah dianugerahi Pelajar Terbaik Diploma Psikologi, Citra Cendekia di Kolej dan Anugerah Naib Canselor di Peringkat Universiti. Banyak menyertai kursus dan pensijilan antaranya Certified Neurolinguitic Programming (NLP) Coach, Pensijilan Hipnoterapi, Pensijilan Psiko-Numerologi dan Seminar Art-Therapy. Beliau juga telah mengubal beberapa modul, iaitu Modul Kemahiran Asas Belajar, Buku Panduan Pemilihan Kerjaya, Rahsia Di Sebalik Lukisan: Penafsiran Projektif Elemen Rumah-Pokok-Orang serta Kaunseling Dari Perspektif Islam. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah dan juga agensi-agensi kerajaan dalam teknik belajar, pemilihan kerjaya, motivasi, peningkatan jati diri remaja cemerlang, cinta remaja dan pengurusan stress. Melanjutkan penyelidikan dalam Art Drawing – HTP (House Tree Person) di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak.